3.1: KOMPOSISI
ETNIk
3.1.1: SEJARAH DAN LATAR BELAKANG MASYARAKAT
DI MALAYSIA.
3.1.1: SEJARAH DAN LATAR BELAKANG MASYARAKAT
DI MALAYSIA.
3.2: PERPADUAN
NEGARA DAN INTEGRASI NASIONAL
KONSEP ETNIK
KOMPOSISI ETNIK
Komposisi etnik
di Malaysia terdiri daripada lima taburan peratusan penduduk mengikut kaum di
Malaysia dimana peratusan antara kaumnya adalah Melayu 50.1%, Cina 22.6%, India
6.7%, Bumiputera lain 11.7%, Warga asing 8.2% dan Lain lain sebanyak 0.7%. Itu
adalah peratus komposisi etnik yg terdapat di negara Malaysia ini. Contoh
komposisi kaum dan suku kaum di Malaysia :-
VIDEO MENGENAI KAUM YG TERDAPAT DI MALAYSIA
VIDEO MENGENAI KAUM YG TERDAPAT DI MALAYSIA
DI
SEMENANJUNG MALAYSIA
DI SABAH
& SARAWAK
Itu adalah contoh
contoh komposisi dan suku kaum yg terdapat di negara Malaysia ini. Secara puratanya
ialah sebanyak 23 kaum yg terdapat di Sabah dan Sarawak, 4 kaum yg terdiri
daripada Melayu,
Cina, India dan Orang Asli.
KOMPOSISI
ETNIK MENGIKUT AGAMA DI MALAYSIA
Seperti kita
tahu, di Malaysia terdiri daripada banyak bangsa di mana umumnya bangsa yang majoriti
di Malaysia ini ialah bangsa melayu. Oleh itu, agama yang paling amnya ialah
agama Islam. Tidak lupa juga kepada penganut yg lain dimana agamanya terdiri
daripada agama buddha, kristian dan hindu. Ini semua agama yang secara amnya yg
terdapat di Malaysia. Akan tetapi ada juga agama agama seperti yg lain yg tidak
kita ketahui secara amnya seperti:-
SEJARAH DAN
LATAR BELAKANG MASYARAKAT DI MALAYSIA
Sebelum lahirnya
negara yg bernama Malaysia, nama yg dikenali Malaysia ini pada zaman dahulu
ialah Tanah Melayu. Tanah Melayu yang merupakan sebuah tempat tumpuan
pengembaraan, pelayaran dan pusat perdagangan tentunya pernah menjadi satu
tempat persingahan dan penempatan bagi orang-orang daripada pelbagai kebudayaan
dan asal usul. Kawasan tumpuan di negeri2 pantai barat Sem. Ini kerana di Tanah
Melayu peluang ekonominya yg cukup luas & memberangsangkan. Dan berlakulah
percampuran populasi oleh pedagang pedagang yg berhijrah atau berdagang di
Tanah Melayu. Justeru konsep percampuran populasi bukanlah merupakan satu
fenomena baru dan asing di Malaysia. Aspek demografi merupakan perkara yang
penting dalam mencorakkan kemajuan masyarakat Malaysia.
TAHAP
HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA DARI SEGREGASI KE AMALGAMASI
- Tahap hubungan etnik di Malaysia boleh
diukur sejak zaman penjajahan lagi. Oleh itu, perkembangan tahap hubungan etnik
di Malaysia bermula dari tahap yang rendah hinggalah ke tahap yang tinggi.
Apakah maksud tahap rendah kepada tahap lebih tinggi tersebut? persoalan ini
dapat dilihat dalam konsep-konsep berikut iaitu bermula dalam segregasi,
akomodasi, akulturasi, asimilasi dan amalgamasi.
SEGREGASI
- Pada peringkat pertama, tahap hubungan
antara kaum atau entik di tanah Melayu yang bersifat. Pemisahan dapat dilihat
melalui tempat tinggal, sistem pendidikan, pekerjaan dan pergaulan. keadaan ini
ketara semasa pendudukan british di tanah Melayu dahulu.
- Orang Melayu, cina dan India hidup
terpisah kerana berbeza pekerjaan. Orang Melayu bekerja sebagai nelayan dan
petani, maka tempat tinggal mereka di kampung-kampung, pedalaman dan pesisiran
pantai. Orang Cina pula bekerja sebagai peniaga dan pedagang serta pelombong
dan kebayakan mereka tinggal di pinggir bandar dan kawasan bandar, manakala
kebayakan orang India bekerja sebagai buruh dan penoreh getah yang tempat
tinggal mereka kebanyakan tertumpu di kawasan estet dan ladang-ladang.
- Aspek pendidikan pula, ketiga-tiga
kaum ini mempunyai sistem pendidikan mereka sendiri seperti orang Melayu pergi
ke sekolah Melayu, Orang cina dan orang India pergi ke sekolah tamil. setiap
sekolah pula menggunakan bahasa ibunda masing-masing. sekolah Cina dan sekolah
Tamil menggunakan sukatan pelajaran negara asal masing-masing iaitu China dan India.
Konsep pemisahan etnik ini juga dapat dilihat di luar negara seperti Afrika
selatan, iaitu amalan Dasar Apartheid
(1948-1994) oleh kerajaan. Formula bagi konsep segregasi in ialah A/B/C yang
memperlihatkan adanya tembok pemisah antara etnik-etnik.
AKOMODASI
- Proses di mana setiap etnik atau kaum
menyedari norma dan nilai yang dimiliki oleh etnik-etnik lain tetapi mereka
tetap mempertahan budaya dan nilai hidup masing-masing.
- Dalam konteks negara Malaysia,
masyarakat Melayu, cina, India, Sikh dan lain-lain tetap mengamalkan dan
mempertahan budaya hidup masing-masing. Formula bagi konsep akomodasi ialah
A+B+C=A+B+C.
AKULTURASI
- Suatu proses penerimaan unsur
kebudayaan dalam kalangan individu atau
kelompok budaya itu dari budaya lain. walau pun sesuatu kelompok budaya itu
menerima unsur-unsur budaya etnik lain, ia tidak menyebabkan kehilangan
identiti asla kaum atau etnik yang menerimanya. keadaan ini dapat dilihat dari
segi makanan, pakaian dan sebagainya.
- Contoh yang berlaku di Malaysia ialah
pemberian duit raya oleh orang Melayu semasa hari raya (budaya pemberian ang
pau ialah budaya mansyarakat cina). begitu juga
budaya pemakaian tali leher dalam kalangan semua bangsa di Malaysia
sedangkan pemakaian tali leher ialah budaya orang barat. Formula bagi konsep
ini ialah Abc+Bac+Cab.
ASIMILASI
- Proses percatuan dan penyatuan etnik
yang berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok budaya dan indentiti
yang sama. proses ini bermakna kumpulan budaya sesuatu kaum atau etnik minoriti
menerima budaya kumpulan etnik yang dominan. dengan kata lain proses asimilasi
akan belaku apabila adanya:
(a) Etnik yang mempunyai budaya yang berbeza.
(b) Etnik-etnik
tersebut sentiasa berinterasi.
(c) Interaksi etnik berlaku dalam tempoh yang
agak lama.
- Contoh yang dapat dilihat di Malaysia
ialah masyarakat Melayu di thailand, masyarakat cina kampung di Kelantan dan
masyarakat Baba dan Nyonya di Melaka. asimilasi yang paling berjaya dapat
dilakukan di negara seperti Indonesia yang masyarakatnya mempunyai
AMALGAMASI
- Satu proses yang terjadi apabila
budaya atau kaum becampur dan mewujudkan budaya
dan ras yang baharu. ia biasanya berlaku melalui perkhawinan campur
atara etnik atau kaum.
- Contok yang terdapat dilihat di
Malaysia ialah perkhawinan campur atara orang cina dan India, Melayu dan cina,
India dan Melayu, Melayu dan orang eropah dan sebagainya. wajah Pan Asian
merupakan ras popular di rantau asia dan Malaysia. ada juga yang mengaitkan
anak hasil perkahwinan campur mempunyai IQ yang tinggi, cerdik, berpenampilan
menarik dan sebaganaya. Formula bagi konsep amalgamasi ialah A+B+C=D (Kelompok
baharu).
KONSEP
PERPADUAN
•
Proses perpaduan merujuk kpd penyatuan masyarakat dalam
semua aspek kehidupan seperti fizikal, ekonomi, politik & sosial
Perpaduan
rakyat mrp 1 proses yg mesti dititikberatkan dalam penyusunan strategi pembangunan
& pentadbiran negara supaya mampu kekal & pertahankan kebebasan di
samping memajukn ekonomi sebagai sebuah negara berdaulat
•
Perpaduan penting bagi negara yg mempunyai kepelbagaian ras
etnik, bahasa, agama, budaya seperti Malaysia.
•
Keutuhan sesebuah negara bergantung pada keharmonian sosial
yg boleh mewujudkan kestabilan politik yg membantu merangsang pertumbuhan
ekonomi negara.
SAKSIKAN VIDEO PERBUALAN ANTARA MEREKA
SAKSIKAN VIDEO PERBUALAN ANTARA MEREKA
No comments:
Post a Comment